Tuesday 20 December 2011

setelah sekian lama...

ok, daa lama xtulis blog...dah berhabuk rasanya..
nak tulis ape ye??
xde ape nk tulis, xde new story...
tujuan blog ni pn, just nk buat diari je..
n also kalau ada ape2 yg bleh di share, bleh laa...
erm, aku still cm dulu..byk yg nk d fikirkan utk masa depan...still suka termenung,
suka berangan-angan..n still suka pikir mcm2..utk future,but, bkn utk hidup kt dunia je, tapi, also utk akhirat,,,,
ntah, memang dah d lahirkan mcm ni kott...suka termenung...
cuti2 cmni, xtau nk watpe...
jumpa jgk kwn2 lama..mcm2 cite dgr, ada yg dah smbg degree, ada yg tukar course, ada yg dpt SPA gak...
mcm2 laa...
ok laa, t next time, nk tulis cerpen la plak, daa lama x tulis...byk idea nk kuar ni...tapi, ada keja sikit r...k, tulis lain kali r...=)

Wednesday 19 October 2011

luahan hati....

Walaupn hanya sedikit salah faham, ok laa..
rasa puas hati bla daa bgtau apa yg terpendam slama ni....rasa hati yg dah lama saya simpan...
sakit dihati, makin menjadi-jadi kalau di pendam...
setelah luahkan semalam, rasa sedikit ringan n lega....
smoga masih ada sinar bahagia untukku....

Friday 14 October 2011

Kuatkah aku????

Entah knapa, hati rasa kosong...
adakah aku tidak kuat utk menghadapi masalah yg menimpaku???
adakah apa yang aku hadapi terlalu sukar utkku lalui??
ALLAH S.W.T itu maha memngetahui...setiap ujian yg diturunkn pada hambanya pasti mampu diatasi....

Aku tidak kuat, tapi, aku tahu ALLAH S.W.T  sentiasa ada bersamaku...kuatkanlah aku..
masalah ini hanya sekecil buih di lautan, berbanding masalah org lain...
kuatkanlah aku YA ALLAH...

aku mampu utk menghadapinya, biar sekuat dan sehebat mana pn ujian itu...INSYAALLAH...
smoga ada sinar utkku.....

( sekadar coretan hatiku yg sunyi )

Saturday 1 October 2011

AL-KISAH TENTANG JODOH....



 Mungkin ramai yang menganggap,


“Erm, kolotnya dia. Tak nak bercinta konon. Perasan suci la tu”
“Carilah kat Malaysia ni, sape yang tak pernah bercinta”
“Eleh, tak nak bercinta ke tak ada orang yang nak?”
Walau apapun anggapan orang lain tentang pendirianku, aku yakin pada janji ALLAH. Kerana aku tahu tiada siapa yang paling adil, kecuali ALLAH YANG ESA. Aku percaya pada janjinya, lelaki yang baik, hanyalah untuk perempuan yang baik. Begitulah sebaliknya. Namun, jika sebaliknya yang terjadi, mungkin ALLAH ingin mengujinya, ingin mengetahui tahap kesabarannya, kuatkah dia untuk mengharungi ujian ALLAH.
Lantas, aku mengambil keputusan untuk tidak menyerahkan hati, cinta dan perasaanku pada mana-mana lelaki sebelum jodohku sampai. Andai sudah sampai jodohku, aku terima walau siapapun jodohku, asalkan dia seorang hamba ALLAH yang beriman dan mampu membimbingku ke jalan syurga ALLAH. Tiada apa yang aku harapkan kecuali keredhaan dari-NYA.
Setelah menamatkan pengajiannya dalam bidang teknologi makmal perubatan, Nurul lantas mengambil keputusan untuk bekerja di kampung halamannya. Mujur kebetulan waktu itu ada kekosongan jawatan di hospital berhampiran dengan kawasan tempat tinggalnya. Kehidupannya berjalan seperti biasa. Masa lapangnya banyak di habiskan bersama ibu tercinta. Kadang kala rindunya pada arwah abah, datang mengusik hati kecilnya, namun perasaan itu harus cuba di buang jauh-jauh. Biar ALLAH saja yang tahu isi hatinya.
Walaupun usianya masih muda, namun mungkin di sebabkan persekitarannya sebegitu membuatkan dirinya berfikiran matang. Mendapat pekerjaan pada usia yang masih muda, 22 tahun, dia tidak pernah bangga diri. Baginya, itu adalah rezeki ALLAH untuknya.
Malam itu, mimpi itu datang lagi. Sudah 3 malam dia mendapat mimpi yang sama. Pada mulanya, mimpi itu di biarkan begitu saja. Mungkin itu hanya gangguan dari syaitan, atau hanya mainan tidur. Namun, selepas 3 malam berturut-turut dia mendapat mimpi yang sama, hatinya mula berasa curiga. Apakah ada petanda atau sesuatu akan berlaku dalam hidupnya. Semua itu menjadi tanda tanya.
“Nurul, waktu kamu belajar dulu, kamu ada buah hati tak?” soalan yang tidak pernah terlintas di benaknya itu, tiba-tiba keluar dari mulut uminya yang tercinta.
“Apa ni umi? Soalan apa pulak ni?” dia diam sejenak.
“ Kenapa tiba-tiba je ni umi? Sebelum ni, tak pernah pun umi tanya benda-benda macam ni?”

“Nak tahu apanya umi?” Nurul cuba berdolak dalih
“Macam ni la,Nurul. Semalam, waktu balik dari solat isyak dekat surau, pak imam ada bertanyakan kamu. Umi ni bukan nak paksa kamu, tapi, umi harap kamu fikirkanlah cadangan umi ni.”
“Kenapa umi?” Nurul mulai curiga
“Haji Halim tu, ada anak lelaki, baru balik dari Mesir, katanya Ustaz, mengajar dekat sekolah agama kampung sebelah. Haji Halim tu berkenan sangat dengan kamu.”
“Umi, nurul ni masih muda umi. Takkanlah, umi nak suruh Nurul kahwin?”
“Islam, menyuruh umatnya kahwin seawal yang mungkin sekiranya sudah bersedia, mampu dari semua segi. Lagipun, anak Haji Halim tu baik budaknya, alim pulak tu.” Usul umi lagi
“Umi tak nak paksa kamu, Nurul. Tapi, kamu fikirkanlah sendiri. kalau kamu dah puas fikir, kamu bagitahu umi. Umi nak pergi rumah Mak Long kamu sekejap, petang sikit, umi balik.” Tanpa menunggu jawapan dariku, umi terus melangkah pergi.
Buntu. Aku buntu. Kenapa tiba-tiba isu ni jadi masalah? Kenapa?
“ Aku mohon padamu, YA ALLAH…..bantulah aku, jika ini yang terbaik untukku, aku terima dia seadanya….” Sudah sebulan umi berdiam selepas bertanya mengenai hal tersebut. Aku kira umi dah lupa semua itu. Tapi, petang itu, aku di duga sekali lagi.
“Nurul, umi tak harap apa-apa dari kamu. Tapi, kali ni je, umi harap nurul tak bantah keputusan umi. Minggu depan rombongan haji halim nak datang. Umi harap kamu setuju.”
Bagai di panah halilintar…dummm…aku dikejutkan dengan berita tersebut.
“Nurul, Nurul….” Umi menyentuh bahuku lembut.
“ Dah sebulan umi tunggu jawapan dari kamu, tapi kamu senyap je. Umi harap, keputusan umi ni tak salah, sayang.., ermm..” umi mencium pipiku.
Entah kenapa, aku hanya mampu membisu. Setelah lam berdiam, aku hanya mampu mengangguk….
“Alhamdulillah….” Hanya itu yang keluar dari mulut umi…
“Umi tahu, nurul anak yang taat, umi berdoa pada ALLAH, umi harap, jodoh yang umi pilih untuk kamu ni, adalah yang terbaik. Percayalah sayang, restu umi adalah segala-galanya untuk kamu.”
Malam itu, umi bertanya padaku sekali lagi tentang rombongan tersebut.
Aku hanya mampu berdiam.
“Umi, kita buat kenduri kesyukuran pun dah cukup. Tak payah lah buat kenduri besar-besaran. Kita buat yang wajib je.” Sungguh, aku serahkan segala-galanya pada umi.
“Kalau itu kata kamu, umi setuju je.”
“Umi, nurul nak kenduri tu di jalankan secepat yang mungkin. Nurul tak nak bertunang. Boleh umi?”
Umi hanya tersenyum dan mengangguk.


Setelah selesai majlis merisik, aku hanya mampu tersenyum. Dia, bakal suamiku.tapi, aku langsung tak berpeluang melihat wajahnya. Kata umi, dia ada majlis usrah di kuala lumpur. Lantas, hanya ibu bapa dan kaum keluarganya yang datang.
Tak apa. Aku tak kisah. Ini pilihan umi, aku yakin, dia adalah yang terbaik buatku. Pihak keluarganya menetapkan tarikh 11.11.2011 sebagai tarikh pernikahan kami. Aku hanya setuju tanpa sebarang bantahan.

Aku kini sah bergelar isteri kepada dia. ALHAMDULILLAH…
Kami menjalani kehidupan seperti biasa….mungkin kerana ini adalah pilihan umi, aku bahagia bersamanya….. biarpun, sebelum bergelar isterinya, aku tidak pernah mengenalinya….mungkin ini makna cinta sejati, yang halal dan tidak dicemari oleh noda dan dosa…..INSYAALLAH, smoga perkahwinanku bahagia hingga ke akhir hayat kami….AMIN, YA ALLAH….

Nukilan Hati: Cahaya Agamaku….  

 03 April 2011..sempena genap usiaku 19 tahun...=)


Thursday 29 September 2011

Hanya Kerana Jilbab...

Assalamualaikum w.b.t...

Penampilan....suatu topik yang menarik, tapi agak menyedihkan buat masa sekarang...

Aku sudah berjanji pada diriku, utk cuba menjaga aurat sebaik mungkin...

Baru-baru ni, aku mula berjilbab labuh...tapi, mungkin persekitaran di sini yang kebanyakan pelajarnya bukan melayu, menyebabkan mereka memandangku seperti aku membuat kesalahan besar....( kerana memakai jilbab labuh)...

Ok, itu aku terima...tapi, yang peliknya, ada jugak budak2 melayu yang mula memanggilku dengan gelaran ustazah...

Peristiwa itu terjadi pada hari ketiga aku memakai jilbab labuh, aku menangis sewaktu baru keluar dari makmal histology hanya kerana senior-seniorku menggelarkan diriku ustazah...aku terima,  (mungkin itu doa mereka padaku, AMIN)...

Tapi, aku rasa sangat terhina waktu itu, kerana kebetulan hari tersebut ada lab test...

aku dapat markah 4.5/5...diorang terdengar tentang markahku....

tiba-tiba ada suara sumbang yang berbunyi di belakangku...

"4.5 je??? itula, orang suruh jadi ustazah, nak jadi MLTs (medical lab technologist)"

Waktu itu, aku tidak dapat menahan air mataku dari mengalir...
hanya ALLAH S.W.T. saja yang tahu betapa hancur hati aku...

Sampai hati diorang hina aku sebegitu rupa, hanya kerana aku memakai jilbab labuh.... apa salah aku??? selama ni, aku tak pernah campur hal diorang, xpernah kacau hidup diorang, x pernah ambil tahu tentang diorang...tapi, hari itu, terbukti segala-galanya...

Aku rasa sangat tehina....bukannya aku melakukan dosa, aku hanya berhijrah dari jilbab biasa  menjadi labuh..aku hanya mencuba utk menutup aurat dengan lebih sempurna...

Adakah itu satu dosa???

YA ALLAH, waktu itu, air mataku mengalir laju...hanya ALLAH S.W.T saja yang tahu hati aku...

Tapi, aku tahu, aku perlu bersabar dengan kerenah manusia sebegini...mungkin itu kejutan bagi mereka kerana di kolejku tidak ramai yang memakai jilbab labuh...tak apalah, aku pujuk hati aku supaya memaafkan mereka..kerana mereka juga manusia biasa sepertiku yang sentiasa melakukan kesilapan...

Demi ALLAH, aku maafkan mereka...sedangkan NABI ampunkan umatnya, inikan pula aku manusia biasa....aku hanya berharap, selepas ini, mereka akan dapat terima perubahanku...

ALHAMDULILLAH, sehingga hari ini, ada 3 lagi rakan bersamaku...mereka turut berjilbab labuh sepertiku...semoga semakin ramai yang mendapat hidayah dan petunjuk darimu YA ALLAH.....smoga perjuanganku ini, sedikit sebanyak dapat membantu dakwah ISLAM...kuatkanlah diri ini... YA ALLAH...

Saturday 20 August 2011

AKU MAHU BERUBAH

BISMILLAHHIRAHMANIRRAHIM...
ASSALAMUALAIKUM...W.B.T.

Setiap manusia mahu, akan dan mesti berubah...aku tahu, aku hanya manusia biasa, tidak sempurna...tapi, aku juga mahu berubah...aku mahu jadi sebaik mungkin, setakat yang aku mampu...aku tahu, aku bukan berasal dari keluarga yang tinggi ilmu agamanya...dari kecil, kehidupanku sama seperti orang lain, aku hanya anak kecil biasa yang agak manja dan tidak banyak kerenah...

Kata mak, aku sangat senang di dijaga dan dididik, aku kurang membantah...mungkin kerana sewaktu mengandungkan aku, mak agak peka tentang agama dan selalu membaca al-quran...jadi, berbanding adik-beradikku yang lain, aku lebih senang dididik, terutama hal agama...

Aku tidak pernah berpeluang untuk belajar agama secara mendalam, setakat biasa-biasa tu bolehlah....kadang-kadang, aku rasa pelik, kenapa mak dengan arwah abah tak hantar aku masuk sekolah agama, padahal kedua-dua orang tuaku sangat maklum yang aku sangat berminat tentang agama islam...mungkin, dah takdir, aku hanya memasuki sekolah kawalan atau lebih di kenali sebagai sekolah bestari...yang agak mementingkan akademik...tapi, kami di ajar supaya membiasakan diri memakai tudung labuh....

Dari situ, aku mula berasa selesa dengan penampilanku yang agak sopan ku rasakan...tapi, tak tahulah bagi orang lain...namun, itu hanya di sekolah...keluargaku juga tidak memberi komen apa-apa...mak pula, hanya mengharapkan aku belajar dan menjadi anak yang baik...bagi mak, aku dah cukup baik kalau tidak melakukan perkara yang mungkar...maksudnya, aku solat, puasa, pakai baju kurung dan bertudung macam orang lain...

Semua tu, memang dah jadi kebiasaanku dari kecil, aku memang tak suka pakaian yang seksi dan menjolok mata...pakaianku dari kecil sampai besar, hanya baju kurung...aku hanya ada dua atau tiga helai seluar...itupun, untuk aktiviti sukan di sekolah...selebihnya, kakak akan bagi seluar-seluar lamanya padaku...itupun, aku tak pakai....

Kemudian, bila aku tingkatan 4, aku mengambil aliran sains teknikal, iaitu lukisan kejuruteraan...dari situ, aku ramai kawan lelaki sebab kelas tu kebanyakan untuk lelaki...tak kisahlah, yang penting, aku tahu jaga diri...sehinggalah aku berumur 18 tahun, aku dapat tawaran UITM, jurusan DIPLOMA BANGUNAN...yang ni agak kelelakian...

Aku mula berfikir, macam mana ni...aku jarang pakai seluar dan aku tak suka pakai seluar...macam mana nak teruskan belajar ni??? takkan nak pergi bengkel atau padang, pakai baju kurung??? pelik pulak kalau orang tengok... aku mula rasa tak selesa...

Namun, takdir ALLAH S.W.T. itu sangat hebat...aku hanya sempat belajar selama 6 bulan di UITM... di saat aku sedang bertungkus lumus untuk peperiksaan akhir, aku mendapat tawaran temuduga S.P.A ( suruhanjaya perkhidmatan awam)...aku dengan hati sedih, terpaksa pulang ke kampung untuk menghadiri temuduga tersebut.. aku sudah memaklumkan pada mak, aku tak suka belajar bidang perubatan atau yang berkaitan dengan biologi sebab aku ni lemah menghafal, tapi, mak kata, aku kena pulang jugak...temuduga je, bukannya confirm dapat...

Aku dengan perasaan malas, pergi temuduga tu, langsung tak bersedia, aku jawab je apa penemuduga tu tanya....yang penting, aku tak nak lukakan hati mak dan dah puaskan hati mak...

Namun, kuasa ALLAH itu amat besar...aku tak sempat nak mendaftarkan diri untuk semester 2...aku mendapat sepucuk surat untuk melaporkan diri di NILAI UNIVERSITY COLLEGE, jurusan diploma teknologi makmal perubatan....

Mulanya, aku agak terkilan...tapi, demi mak, aku redha......

Setelah 8 bulan belajar bidang ni, dan keputusanku agak cemerlang,baru aku tahu, besar hikmahnya, allah menetapkan aku mendapat tawaran di sini....

1. aku tak payar pinjam PTPTN, sebab aku dapat elaun daripada KKM..
2. aku akan terus bekerja di hospital kerajaan setelah tamat belajar tanpa perlu bersusah payah pergi temuduga  kerja

Dan. yang paling penting, aku boleh terus pakai baju kurung macam dulu...sebab kami tak payah pakai uniform....

Kini, aku dalam proses untuk berubah ke arah yang lebih baik...aku berharap lepas ni aku akan balajar tentang agama dengan lebih mendalam...INSYAALLAH...aku juga nak cuba untuk menutup aurat dengan lebih sempurna....YA ALLAH, kuatkanlah semangatku....semoga ini permulaan yang terbaik untukku....AMIN...

Thursday 18 August 2011

ABAH....

6 Ramadhan yg lalu, genaplah 4 tahun arwah abah meninggalkan ku...kepergiannya meninggalkan kesan yang amat mendalam buat diriku...kehilangannya amat di rasai...aku seperti layang- layang yang terputus tali, tiada tempat untuk bergantung harap, untuk bercerita....abah, kasih sayangmu amat ku dambakan....

1 Ramadhan, 4 tahun yang lalu, aku pulang sempena menyambut kehadiran bulan mulia lagi suci, RAMADHAN....tidakku sangka, itu merupakan saat terakhir buat kami adik beradik untuk melihat abah...hari tersebut merupakan hari khamis...kesayuan mula menjengah di hati, bila abah mula senyap dan tidak berkata-kata...seperti dapat merasai, dia akan meninggalkan kami, emak meminta supaya adik beradikku yang lain supaya pulang ke kampung secepat yang mungkin...

Pada hari ke-6 ramadhan, suasana sepi menyelubungi kami apabila kami diberitahu oleh pak cik supaya memohon ampun dari abah sebelum terlambat...bagai tersentap jantungku mendengar kalimah keramat itu..".terlambat"...adakah aku sudah terlambat untuk memohon ampun?? sudahkah abah mengampunkan aku?? YA ALLAH... besarkah dosaku pada abah selama ini??

Tapi, mujurlah waktu itu aku baru selesai menghadapi peperiksaan percubaan PMR.. masihku ingat kata-katanya ketika aku menggunakan telefon awan di pondok pengawal asrama untuk memberitahunya tentang peperiksaan tersebut dan juga supaya mengampunkan segala dosaku selama hayatku di dunia, menghalalkan segala makan munumku, mendoakan kejayaanku....aku sangat- sangat berharap, abah mengampunkan aku..

Aku tahu, aku bukan anak yang sempurna... aku hanya mampu mencuba untuk menjadi sempurna, sesolehah yang mungkin....dari kecil, aku tidak punya banyak kerenah, aku jarang meminta..aku cuba untuk jadi anak yang terbaik supaya tidak pernah menyakitkan hati dan perasaan orang tuaku...

Selepas menunaikan solat zohor pada 6 ramadhan itu, aku menyambung tugasku membaca surah yasin dan ayat-ayat suci al-quran di sisi abah...tiba-tiba, pakcik mengarahkanku supaya menghentikan pembacaanku...aku terdiam seketika, tidak terkata....saat itu, hanya aku dan kakak yang berada di sisi abah, adik beradikku yang lain hendak menunaikan solat zohor....dengan mataku sendiri, aku menyaksikan kepergian arawah abah dengan penuh ketenangan...dia pergi dengan sangat tenang, wajahnya sangat tenang dan bersih...

Aku berdoa dan sentiasa berharap arwah abah akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman di sana nanti....di bulan ramadhan yang mulia, dia pergi jua akhirnya...

Waktu itu, aku hanya ada 2 minggu lagi masa untuk mengahadapi ujian PMR...terasa sangat perit untuk menanggung beban itu, tapi, aku tahu, ALLAH S.W.T.lebih menyayangi arwah abah...saat kehilangannya, aku hanya mampu berdiam diri, agak lama masa ku ambil untuk menerima kepergiannya...namun, aku redha, hidup mesti di teruskan....

Tiba hari peperiksaan, aku menghadapi 8 kertas tersebut dengan bersahaja dan tanpa perasaan, kerana waktu itu, fikiranku masih kosong....namun, kuasa ALLAH S.W.T. itu amat hebat, aku masih diberikan peluang...ALHAMDULILLAH, berkat doa orang tuaku, aku berjaya mendapat 7A 1B...
walaupun tidak sehebat mana, itu sudah memadai dengan kehilangannya...setelah itu, aku mengambil masa yang agak lama untuk bangkit semula...

Hingga hari ini, 4 tahun dia pergi memninggalkan kami, masih segar di ingatanku setiap kata-katanya, setiap pesanannya....kata arwah abah , seorang anak yang baik, akan sentiasa di jaga, di pelihara dan dilindungi oleh ALLAH S.W.T.... aku percaya pada kata-kata itu...kini, aku hanya menunggu waktu untuk menamatkan pengajianku dalam bidang makmal perubatan....

ALHAMDULILLAH, berkat doa mak dan seluruh ahli keluargaku, rezekiku amat murah...aku mendapat sponsor daripada kementerian kesihatan malaysia untuk menyambung pelajaran dalam bidang ini....aku amat bersyukur pada ALLAH S.W.T...

Kini, aku masih berpegang pada prinsipku, bahawa, aku tak akan bercinta sebelum aku kahwin dan lelaki itu sah menjadi suamiku...INSYAALLAH, aku akan cuba untuk menjaga hatiku hanya untuk bakal suamiku nanti...dan aku sangat- sangat berharap, bakal suamiku nanti seorang yang baik seperti
ARWAH ABAHKU...INSYAALLAH...itu doaku siang dan malam....semoga allah memakbulkan doaku...

YA ALLAH, TEMPATKANLAH ARWAH ABAH DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN...SESUNGGUHNYA DIA ADALAH MANUSIA YANG PALING BAIK DAN MULIA YANG PERNAH AKU TEMUI...AMIN....

Friday 12 August 2011

Ramadhan...

Kehadiran RAMADHAN amat bermakna bagiku....aku mengharapkan ramadhan yang aku lalui adalah ramadhan yang terbaik bagiku....setiap amalan dan kebaikan yang aku lakukan adalah demimu...
YA ALLAH....aku mengharapkan keredhaan dan keampunan darimu....aku sedar diri ini insan yang kerdil...tidak mampu untuk menjadi yang sempurna, namun aku akan tetap mencuba dan mencuba....INSYAALLAH, kalau ada rezeki, aku nak khatam AL-QURAN sekali untuk RAMADHAN tahun ni....Semoga usahaku akan berhasil....Aku juga mengharapkan ini bukan RAMADHAN yang terakhir buatku, aku mengharapkan ALLAH akan memanjangkan lagi umurku supaya aku masih berkesempatan untuk menemui RAMADHAN yang seterusnya...AMIN...Setakat ini, terawih masih penuh...12 RAMADHAN, ALHAMDULILLAH...aku mengharapkan usahaku mendapat rahmat dan keberkatan dari-NYA....AMIN.....